• Utama
  • Berita
  • Majlis Persaraan Pegawai Daerah Hulu Perak, Gerik

Majlis Persaraan Pegawai Daerah Hulu Perak, Gerik



16 Mei 2016 – Majlis Persaraan Tuan Haji Mohd Tahir bin Osman ini merupakan majlis khusus yang diadakan bagi mengenangkan jasa dan keringat yang dicurahkan oleh beliau selama lebih kurang enam (6) tahun bertugas sebagai Pegawai Daerah Hulu Perak mulai tahun 2011. 

Majlis dimulakan dengan sesi serah tugas kepada Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah). Tepat jam 5.00 petang, beliau telah mengetik kad perakam waktu untuk kali terakhir dan diringan isteri beliau iaitu Puan Balqis bin Saad serta Ketua-Ketua Jabatan Daerah Hulu Perak. Perarakan beliau ke Dewan Serbaguna dengan iringan bunga mangar serta paluan kompang dari staf PDT Hulu Perak. 

Bagi memberkati majlis ini, acara seterusnya adalah bacaan doa dan acara kemuncak adalah penyampaian cenderamata kepada beliau. Majlis berakhir pada pukul 7.00 malam.

 

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.