• Utama
  • Berita
  • Malam Jasamu Dikenang Kelab Petanda Hulu Perak

Malam Jasamu Dikenang Kelab Petanda Hulu Perak



16 Mei 2016 – Sempena dengan persaraan Tuan Haji Mohd Tahir bin Osman, Pegawai Daerah Hulu Perak, satu majlis Malam Jasamu Dikenang telah diadakan khas untuk beliau di Belum Rainforest Resort, Pulau Banding, Perak. Majlis ini di anjurkan oleh Kelab PETANDA Hulu Perak, Gerik. 

Majlis diserikan dengan kehadiran Pegawai-Pegawai dari PDT Pengkalan Hulu dan PDT Lenggong. Dalam ucapannya, Tuan Haji Mohd Tahir bin Osman menyingkap kembali sejarah perkhidmatannnya dalam perkhidmatan awam yang menjangkau tempoh masa 38 tahun bermula tahun 1978. 

Acara seterusnya dimulakan dengan imbasan gambar kenangan beliau bermula tahun 2011 hingga 2016. Tidak ketinggalan bingkisan persembahan dari Unit Pembangunan dan Pelupusan, Unit Hasil dan Pendaftaran, Unit Penguatkuasaan dan Teknikal serta Bahagian Pembangunan Luar Bandar. Semoga tayangan tersebut dapat memberi memori yang terindah kepada beliau selepas bergelar pesara.

 

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.