• Utama
  • Berita
  • Sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Daerah Hulu Perak

Sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Daerah Hulu Perak

Sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Daerah Hulu Perak
14 September     -   Sambutan Hari Kebangsaan 2017 bagi Daerah Hulu Perak telah di adakan di Dewan Serbaguna Gerik pada hari Khamis yang lalu. Majlis ini dihadiri oleh YB Dato' Saarani Bin Mohamad (EXCO Kerajaan Negeri), YABhg Tan Seri Dato' Seri DiRaja Mohammad Tajol Rosli Bin Ghazali (mantan Menteri Besar Perak), YB Dato' Hasbullah Bin Osman (Ahli Perlimen Lenggong), YB Puan Salbiah Binti Mohamed (ADUN Temngor),YB Hj Aznil Bin Ibrahim (ADUN Pengkalan Hulu), Tn. Zamakhshari Bin Hanipah (Pegawai Daerah Hulu Perak), ketua-ketua jabatan,penjawat awam, pelajar sekolah dan penduduk setempat. Majlis dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang di jalankan di Padang Bandaran Majlis Daerah Gerik. Seterusnya pelepasan peserta acara Jalur Gemilang Fun Run / Fun Ride dan konvoi Jalur Gemilang. Perutusan sambutan kemerdekaan YAB Menteri Besar Perak telah disampaikan oleh YB Dato' Saarani Bin Mohamad. YABhg Tan Seri Dato' Seri DiRaja Mohammad Tajol Rosli Bin Ghazali telah diundang bagi menyampaikan ceramah khas berkaitan kemerdekaan. Bagi mengenang jasa YABhg Dato' Seri DiRaja Mohammad Tajol Rosli Bin Ghazali kepada masyarakat setempat, beliau telah dianugerahkan Tokoh Kemerdekaan Hulu Perak. Acara penutup di serikan dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada peserta yang bertuah.





Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.