• Utama
  • Berita
  • Jelajah YAB Menteri Besar ke Daerah Hulu Perak

Jelajah YAB Menteri Besar ke Daerah Hulu Perak

7 MAC  Program Jelajah YAB Menteri Besar Perak di Daerah Hulu Perak bermula dengan YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatan Kuasa Tindakan Daerah Hulu Perak. Mesyuarat ini dihadiri oleh Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri serta Ahli Jawatan Kuasa Tindakan Daerah Hulu Perak. Pegawai Daerah Hulu Perak Tuan Zulhisham Bin Ahmad Shukori telah membentangkan isu-isu berkaitan pembangunan daerah untuk dibincangkan dalam mesyuarat tersebut bersama YAB Menteri Besar dan Wakil Rakyat Hulu Perak.

Mesyuarat EXCO pula mengambil tempat sejurus Mesyuarat Khas Jawatan Kuasa Tindakan Daerah Hulu Perak ditangguhkan.
JKTD KHAS HULU PERAK JKTD KHAS DAERAH HULU PERAK

Pada sebelah petang, Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir telah merasmikan pecah tanah Tapak Projek Perumahan Aman Jaya di Base Camp JKR Gerik. Rakyat yang layak boleh memohon untuk membeli rumah-rumah yang ditawarkan menerusi borang dan sistem atas talian yang disediakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak.

Perumahan Aman Jaya Perak Perumahan Aman Jaya Perak
Perumahan Perak Aman Jaya Perumahan Aman Jaya Perak

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.