Jamuan Hari Raya Pegawai Daerah Gerik Bersama Majlis Daerah Gerik

Majlis jamuan hari raya aidilfitri telah diadakan di kediaman Tuan Pegawai Daerah Hulu Perak. majlis bermula pada pukul 8 malam. Antara tetamu yang turut hadir adalah terdiri daripada Yb. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua jabatan, kakitangan pejabat tanah dan daerah Hulu Perak. Kehadiran tetamu pada malam tersebut melebihi 1000 orang. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh sekumpulan muzik undangan.