Audit Dokumentasi SSR PDT Hulu Perak


4 Mei 2016 – Audit Dokumentasi SSR PDT Hulu Perak Oleh Badan Penasihat telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Khidmat Pengurusan. Encik Mohd Amzari bin Mohd Arzami iaitu Ketua Penolong Pegawai Daerah Selama telah dilantik sebagai mentor untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar berkaitan perkara tersebut. Turut hadir Pegawai dan kakitangan PDT Hulu Perak yang terlibat secara langsung berkaitan SSR ini. Sesi semakan dibahagikan kepada dua sesi iaitu pertama bidang  Pengurusan dan Pengurusan Pelanggan dan kedua Perkhidmatan Teras. SSR ini melibatkan dua bahagian utama iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Pengurusan Tanah.

Objektif utama adalah sebagai persediaan dokumentasi SSR PDT Hulu Perak mengikut Komponen dan Kriteria SSR MAMPU yang telah ditetapkan. Selain itu, ia juga mengenalpasti sebarang kelemahan untuk tindakan penambahbaikan serta membuat pemerhatian, teguran seterusnya mencadangkan langkah penambahbaikan sebelum pemeriksaan oleh MAMPU yang akan dilaksanakan pada 29 Mei 2016 ini.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.