Ibadah Korban 2018

Ibadah Korban

24 Ogos         Ibadah korban amalan yang sangat dituntut dalam Islam bertujuan mendekatkan diri pada Allah bermula pada hari Aidiladha iaitu 10 Zulhijah dan tiga hari tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah. Upacara korban juga sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, Nabi Ismail, kerana melaksanakan perintah Allah. Bagaimanapun, peristiwa itu sekadar ujian Allah kepada mereka berdua.

Bagi mengenang semula pengorbanan dua beranak itu, PDT Hulu Perak telah melaksanakan ibadah korban pada hari Jumaat baru-baru ini. Ibadah korban pada tahun ini telah disertai seramai 6 orang peserta yang mengambil bahagian dalam ibadah korban. Sembelihan lembu dilalukan di padang ragut Kampung Jong. Lembu yang telah siap dilapah di bawa ke pejabat untuk di potong daging dan tulang. Seteleh daging diagih kepada peserta korban, daging di sedekah kepada kakitangan  dan selebihnya di masak untuk jamuan makan tengahari.

 

1

2

3

4

 

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.