Majlis Gala Nite Extraganza

Majlis Gala Nite Extraganza 

3 Oktober    Majlis Gala Nite Extraganza anjuran PDT Hulu Perak telah dilangsungkan dalam suasana yang meriah pada hari Rabu yang lalu. Majlis yang bertempat di Dewan Serbaguna MDG dihadiri kakitangan dan keluarga serta kehadiran kakitangan PDT Lenggong dan PDT Pengkalan Hulu. Persembahan oleh wakil daripada kakitangan ketiga-tiga pejabat memeriahkan lagi suasana. Selain itu cabutan bertuah dijalankan dengan pelbagai hadiah yang menarik. Seterusnya upacara memotong kek bagi meraikan pertukaran KPPD (Tanah) Puan Azlina dan PPD (Teknikal) Encik Iqram. Hadirin disajikan hidangan nasi arab yang disediakan dalam talam. Di majlis yang sama Pegawai Daerah Hulu Perak, Tuan Zulhisham Bin Ahmad Shukori menyerahkan hadiah kepada pemenang super favourite, super sport, super cheff, super tauladan dan super staff  hasil undian yang telah dibuat oleh kakitangan pejabat masing-masing.


 

1

2

3

 

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.