• Utama
  • Mengenai
  • Profile Jabatan
  • Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
 

  • Memastikan aduan awam yang diterima diberi maklumbalas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja;
  • Memproses permohonan dan mengeluarkan lesen minuman keras bagi tempoh enam (6) bulan dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap.
  • Memproses permohonan dan mengeluarkan lesen hiburan awam dalam tempoh satu (1) bulan dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap.
  • Menyediakan baucer bayaran dalam tempoh enam (6) hari bekerja dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap



BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH

  • Memastikan setiap permohonan tanah individu diproses dalam tempoh tiga (3) bulan.
  • Memastikan permohonan pembangunan tanah yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat di bawah bidang kuasa Pentadbir Tanah diproses dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima.
  • Memastikan semua instrumen urusniaga dan bukan urusniaga yang didapati lengkap, sempurna dan teratur didaftarkan dalam tempoh 24 jam hari bekerja.
  • Mengeluarkan bil-bil cukai tanah pada atau sebelum 31 Januari kepada pemilik-pemilik tanah yang mana nama dan alamat mereka didapati lengkap. 

 

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

  • Mengemukakan keputusan permohonan dan cadangan-cadangan projek dalam masa tiga (3) bulan selepas segala maklumat mengenainya lengkap.
  • Melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan dalam tempoh dua (2) bulan selepas waran peruntukan / arahan pelaksanaan kerja diterima.
  • Melaksanakan pembayaran kepada pembekal dan kontraktor dalam tempoh enam (6) hari selepas tuntutan lengkap diterima.
  • Menyelaras permohonan pendaftaran peserta e-Kasih setiap bulan

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.