Piagam Pelanggan 2015

Anda adalah pelanggan kami, kami akan berusaha memberi perkhidmatan yang adil, mesra dan segera kepada anda. Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan seperti berikut:


BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

  • Setiap aduan yang diterima akan di proses dan di jawab dalam tempoh 14 hari bekerja.

  • Menyelesaikan permohonan semua lesen-lesen dalam tempoh 4 minggu.

  • Kaunter bayaran termasuk kutipan hasil dibuka sepanjang waktu pejabat. Masa kutipan akan dilanjutkan sekiranya keadaan memerlukan.

  • Permohonan penilaian duti setem akan diselesaikan dalam masa 4 minggu dari tarikh permohonan.

  • Dokumen akan dimatikan setem serta merta.

  • Menyediakan baucer bayaran pembelian dalam masa 6 hari bekerja.

 


BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH

  • Mendaftar dengan segera semua permohonan tanah.

  • Mendaftarkan hakmilik sementara bagi Rancangan Tanah Berkelompok dan Perkampungan Tersusun dalam tempoh satu hari jika urusan tersebut dibuat secara operasi `One Stop Centre’.

  • Mendaftar perserahan urusniaga dan bukan urusniaga dalam tempoh 24 jam bagi satu perserahan.

  • Mengeluarkan Sijil Carian Resmi dalam tempoh 2 hari bekerja bagi setiap satu sijil

  • Memastikan bil-bil cukai tanah dihantar kepada tuan tanah sebelum 1hb. Januari setiap tahun.

  • Menyelesaikan permohonan permit bahan batu dalam tempoh 7 hari bekerja setelah menerima laporan jabatan teknikal.

  • Menyelesaikan permohonan tukar syarat nyata tanah pertanian kepada pertanian dalam tempoh 1 bulan.

  • Mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran pindahmilik/gadaian kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Perak dalam tempoh 2 minggu.

  • Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh 1 hari bekerja dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh 14 hari.

 

 

BAHAGIAN PEMBANGUNAN 

Bahawa `Kecemerlangan Budaya Kita' menuntut kami berikrar untuk memberikan perkhidmatan yang sentiasa cemerlang dalam semua aspek yang berkaitan dengan bidang tugas dan tanggungjawab kami. Selaras dengan ini maka kami akan memenuhi ketetapan-ketatapan berikut:

  • Menyampaikan maklumat mengenai dasar, strategi dan program-program kerajaan dengan jelas dan tepat kepada golongan sasar.

  • Menyediakan minit-minit mesyuarat utama yang dikendalikan terutama Jawatankuasa Pembangunan Daerah dan Jawatankuasa PPRT dengan lengkap, tepat dan diedarkan dalam masa 7 hari bekerja.

  • Merancang dan mengemukakan permohonan peruntukan/cadangan projek pembangunan untuk tahun berikutnya kepada Ibu Pejabat/Kementerian selewat-lewatnya pada 15 Disember tahun semasa.

  • Melaksana, mengawasi dan menyiapkan projek-projek pembangunan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh peruntukan diluluskan.

  • Menyediakan baucer bayaran peruntukan (perkhidmatan membekal/kontrak) dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh tuntutan lengkap diterima.

  • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas menimbang dan menyetujui terima sebutharga daerah setiap bulan atau bagi kes-kes segera dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima kertas perakuan.

  • Memberi jawapan dalam masa 14 hari ke atas setiap aduan yang dikemukakan oleh orang ramai.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.