Program Pegawai Daerah Bersama Komuniti

Program Pegawai Daerah Bersama Komuniti Hulu Perak

13 April        Program Pegawai Daerah bersama Komuniti telah  dirasmikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman di Dewan Sebaguna Majlis Daerah Gerik. Program ini dihadiri oleh Orang Besar Jajahan Hulu Perak, YDH Toh Muda Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Dato’ Ar. LA Meor Roslan Bin Dato’ Seri Haji Meor Ahmad Rashidi; YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tuan Tan Kar Hing, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Abu Bakar Bin Haji Said, YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Puan Nor Sham Binti Rahman dan Pegawai Daerah Hulu Perak, Encik Zulhisham Bin Ahmad Shukori. Sebanyak 46 agensi mengambil bahagian melibatkan pameran, jualan dan peluang pekerjaan. Antara agensi terlibat ialah MARA, UNIKL, McDonald, TEKUN, KWSP, Maybank, PDRM dan lain-lain lagi. Sambutan yang dibeikan oleh orang ramai semasa program dijalankan amat menggalakkan.YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman berkesempatan menyerahkan Kad Prihatin dan sumbangan kewangan kepada PIBG sekolah yang  terpilih.

Senamrobik di perkarangan Dewan Serbaguna MDG


Ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Hulu Perak


Sumbangan kepada PIBG SMK Tan Sri Abd Aziz


Lawatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ke gerai jualan


Mobile CTC Kementerian Kewangan Malaysia

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.