24 November      Program Agrofest Daerah Hulu Perak 2019 telah dijalankan selama tiga hari bermula dari 22 hingga 24 November lalu di Dewan Persidangan MDG. Pelbagai acara menarik diadakan antaranya jualan hasil pertanian dari ladang,pameran alatan pertanian, pameran serta jualan anak pokok dan pertandingan memasak. Selain itu, beberapa acara lain

antaranya pertandingan e-sport, pertandingan mewarna,kursus penanaman durian musang king selain gerai jualan makanan dan minuman. Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri YB Dato' Abdul Yunus Bin Jamahri. Beliau turut sudi meluangkan masa memberi melawat khemah pameran dan jualan serta menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah bagi kategori yang dipertandingkan. 

1  

  

 

 

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.